Pengumuman

Back

MAKLUMAN PENYELENGGARAAN SISTEM ePEROLEHAN (eP) BERIKUTAN PROSES AKHIR TAHUN 2025

Tarikh Dimuatnaik : 09/12/2025 15:16:38 GMT+8

PERHATIAN KEPADA PENGGUNA SISTEM ePEROLEHAN (eP)

 

Sistem eP akan melaksanakan aktiviti penyelenggaraan sistem berikutan Proses Akhir Tahun untuk tahun 2025. Sepanjang aktiviti penyelenggaraan tersebut dijalankan, Sistem eP tidak dapat diakses oleh semua pengguna. Pelanjutan tarikh iklan untuk sebut harga dan tender yang dijadualkan tutup semasa tempoh aktiviti penyelenggaraan tersebut akan dilaksanakan secara automatik oleh sistem.
 
Tarikh aktiviti penyelenggaraan Sistem eP dan tarikh pelanjutan iklan bagi sebut harga/tender yang terkesan adalah seperti jadual di bawah:
 

TARIKH AKTIVITI PENYELENGGARAAN SISTEM eP (PROSES AKHIR TAHUN)

TARIKH PELANJUTAN IKLAN SEBUT HARGA/TENDER

TARIKH / MASA MULA

TARIKH / MASA TAMAT

16 Disember 2025 (Selasa) / 12.00 am

16 Disember 2025 (Selasa) / 8.59 am

Tidak Berkaitan

28 Disember 2025 (Ahad) / 12.00 am

28 Disember 2025 (Ahad) / 11.59 pm

Sebut Harga dan Tender yang ditutup pada 28 Disember 2025 (Ahad) akan dilanjutkan sehingga 29 Disember 2025 (Isnin), jam 12.00 tengah hari.

31 Disember 2025 (Rabu) / 12.00 am

 

31 Disember 2025 (Rabu) /

11.59 pm

 

• Sebut Harga dan Tender yang ditutup pada 31 Disember 2025 (Rabu) akan dilanjutkan sehingga 1 Januari 2026 (Khamis), jam 12.00 tengah hari untuk negeri Johor, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

• Sebut Harga dan Tender yang ditutup pada 31 Disember 2025 (Rabu) akan dilanjutkan sehingga 2 Januari 2026 (Jumaat), jam 12.00 tengah hari untuk negeri selain dari Johor, Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

8 Januari 2026 (Khamis) /

6.00 pm

8 Januari 2026 (Khamis) / 11.59 pm

Tidak Berkaitan

 
Kementerian/PTJ adalah disarankan untuk memastikan semua tindakan yang berkaitan di dalam Sistem eP diselesaikan sebelum aktiviti penyelenggaraan dilaksanakan. GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROSES AKHIR TAHUN MELALUI SISTEM ePEROLEHAN (eP) BAGI TAHUN KEWANGAN 2025 boleh dimuat turun di Portal Sistem eP. Sistem eP akan beroperasi dan boleh diakses semula setelah aktiviti penyelenggaraan selesai.
 
Segala kesulitan amatlah dikesali.
 

Sekian, terima kasih.