Tarikh Dikemaskini : 22 Mei 2018 08:45:03 AM
Syarat - Syarat Permohonan Sijil Digital
Syarat Permohonan Sijil Digital (SPKI)
Bermula 1 November 2007, Kementerian Kewangan telah menetapkan syarat kepada semua Pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Malaysia untuk memiliki sekurang-kurangnya satu Sijil Digital ePerolehan untuk mengakses ke sistem ePerolehan.
Sijil Digital ePerolehan berfungsi sebagai kunci untuk bertransaksi mengguna pakai sistem ePerolehan yang terjamin keselamatannya.
Syarat-syarat memohon Sijil Digital seperti berikut:-
| |
| 2 | Pembekal perlu mendaftar sama ada Pendaftaran Akaun Asas ATAU Pendaftaran Kementerian Kewangan. | |
| 3 | Sekurang-kurangnya satu Sijil Digital perlu dimiliki oleh setiap syarikat untuk berurus niaga secara kontrak kementerian, kontrak pusat, pembelian terus, sebutharga ataupun tender. | |
| 4 | Pengguna Sijil Digital mestilah terdiri daripada pengguna yang dikunci masuk di dalam Sistem ePerolehan semasa Pendaftaran Akaun Asas ATAU Pendaftaran Kementerian Kewangan. | |
| 5 | Pentadbir Pembekal bertanggungjawab untuk memohon bagi pengguna baharu dalam syarikat. | |
| 6 | Pemohon perlu mempunyai satu (1) akaun emel yang sah dan masih aktif bagi tujuan pengesahan permohonan dan pengaktifan Sijil Digital. | |
| 7 | Dokumen sokongan perlu dihantar bagi tujuan pengesahan permohonan, ia boleh diimbas (scan) dan dimuat naik semasa melakukan proses permohonan ATAU boleh menghantar dokumen sokongan ke ePerolehan Centre yang berhampiran. | |
| 8 | Pihak Commerce Dot Com Sdn Bhd akan memproses permohonan selepas penerimaan dokumen sokongan yang lengkap. | |