• Kembalikan Asal
  • Besarkan
  • Cetak
  • Kongsi artikel ini
Tarikh Dikemaskini : 23 September 2020 11:20:16 AM

Langkah Langkah Pembolehan

 

 

Infrastruktur

Keperluan asas infrastruktur untuk berurus niaga melalui ePerolehan adalah seperti berikut:

  • Komputer yang dilengkapi dengan modem; dan
  • Akaun Internet dengan kelajuan minima 1Mbps (TMNet, Jaring, Time, Maxis, U Mobile, Digi, Celcom dan lain-lain
 
ePerolehan
Internet Explorer 9 atau lebih tinggi
Google Chrome V.24
Safari
Processor Intel Pentium Dual Core 2.0 Ghz
Memory 1 GB RAM
OS Windows XP atau lebih tinggi
Soft Cert
Komputer/Peranti Mudah Alih
Pendaftaran
Pengenalan
  • Semua transaksi perolehan dengan Kerajaan Persekutuan menggunapakai sistem ePerolehan
  • Terdapat dua jenis pendaftaran di dalam sistem ePerolehan iaitu:
    • Pendaftaran Akaun Asas : hanya boleh bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan bagi perolehan kurang RM20,000; dan
    • Pendaftaran Kementerian Kewangan boleh berinteraksi dengan Kerajaan Persekutuan bagi semua modul yang disediakan, bergantung pada syarat-syarat sebut harga dan tender yang dikeluarkan
  • Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui Modul Pendaftaran, sistem ePerolehan di laman web www.eperolehan.gov.my 

 

Sijil Digital

Sijil Digital merupakan salah satu keperluan asas untuk Pembekal berurus niaga dengan Kerajaan Persekutuan.

Sijil digital tanpa medium menggantikan peranti ePXS USB Crypto yang berfungsi sebagai kunci kepada semua urusan perolehan kerajaan yang terjamin keselamatannya.

Segala tindakan yang memerlukan tandatangan dan pengesahan akan diisahkan dengan tandatangan digital yang disertakan bersama sijil digital yang kesahihannya tidak boleh di disangkal. 

 

Katalog

Modul katalog elektronik adalah merupakan sebuah sistem komprehensif yang dipertingkatkan ciri dan fungsinya bagi memudahkan perolehan Kerajaan melalui ePerolehan. Sistem ini turut disediakan dengan rangkaian pengurusan katalog menyeluruh yang menggunakan United Nations Standard Products and Services Code (UNSPSC) sebagai piawaian.

Piawaian ini memastikan semua produk dan perkhidmatan dikumpul secara kemas bagi memudahkan dan mempercepatkan carian dan proses pemilihan pembekal, jenama dan/atau harga. Perolehan dapat direkodkan dengan tepat mengikut kod barangan, jenis barangan atau harga.

ePerolehan
Mandatori untuk pembekal memuat naik katalog produk atau perkhidmatan
Mandatori untuk kod UNSPSC dan kod tambahan. Jika tiada, pembekal perlu memohon untuk mendapatkan kod UNSPSC dan kod tambahannya
Latihan
Pengenalan
  • Modul Latihan Pembekal telah disediakan kepada Pengguna Kerajaan dan Pembekal. Ia selaras dengan komitmen berterusan Seksyen ePerolehan bersama-sama dengan Commerce Dot Com Sdn Bhd dalam usaha meningkatkan kemahiran pengguna Sistem ePerolehan.
  • Terdapat dua (2) jenis metodologi latihan boleh disertai mengikut kesesuaian dan tahap pemahaman peserta:
     
    Latihan Bersemuka (Instructor-led Training) Latihan Bersemuka dijalankan secara latih tubi (hands on) ke atas aplikasi ePerolehan dengan modul pembelajaran yang komprehensif.
    Pembelajaran Multimedia melalui ePol Peserta boleh memuat turun program pembelajaran multimedia dan memilih siri topik latihan bagi memahirkan diri menggunakan sistem ePerolehan.
  • Faedah-faedah latihan ePerolehan kepada peserta:
    • Peluang bersemuka untuk sesi soal jawab dengan tenaga pengajar yang profesional dan berpengalaman
    • Sistem pembelajaran yang intensif dan teratur
    • Program pembelajaran multimedia yang terbaik
  • Kursus-kursus yang ditawarkan kepada Pembekal:
    • Kursus Pembelian Terus & Mencipta Katalog ePerolehan
    • Kursus Sebut Harga dan Tender ePerolehan
  • Kursus-kursus yang ditawarkan kepada Pengguna Kerajaan:
    • Sesi latihan dan Mandatory Handholding (MHH)
    • Latihan Semula (Refresher Course)
    • Latihan Sebut Harga, Tender dan eBidding

 

Tags :
  • pembolehan
  •   
  • enablement