Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah sebuah program yang menyeluruh yang mengubah dasar Kerajaan untuk menjadi institusi yang lebih cekap dan mengutamakan rakyat. Dalam merealisasikan pelaksanaan GTP ini, Kerajaan telah menetapkan tujuh (7) tonggak utama di bawah Bidang Keberhasilan Utama (NKRA) yang mana salah satu daripada bidang tersebut menjurus kepada perlaksanaan perolehan Kerajaan iaitu di bawah bidang Membanteras Rasuah.
Selaras dengan matlamat untuk meningkatkan keberkesanan dalam penyampaian Kerajaan kepada masyarakat, GTP 2.0 telah diperkenalkan bagi menyasarkan dan memperdalamkan serta meningkatkan inisiatif transformasi yang telah direalisasikan di bawah GTP1.0. GTP 2.0 akan memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu selari dengan arus perubahan semasa.
GTP 2.0 disasarkan bagi mencapai semua sasaran melalui beberapa inisiatif dan program yang merangkumi meningkatkan proses perolehan Kerajaan. Selari dengan tujuan tersebut, Kementerian Kewangan dengan kerjasama CDCSB telah membangunkan Sistem ePerolehan Baharu yang lebih strategik, telus dan efisien. Pembangunan sistem ini adalah sebagai salah satu inisiatif bagi memastikan portal MyProcurement yang dinaik taraf lebih memberi impak kepada pengguna Kerajaan dan secara langsung kepada masyarakat.
Disamping itu juga, ciri-ciri keselamatan dan pemantauan yang lebih sistematik dan mesra pengguna merupakan antara ciri-ciri Sistem ePerolehan Baharu dalam memastikan proses perolehan Kerajaan lebih teratur pada masa akan datang.
Dengan ciri-ciri keselamatan dan pemantauan yang lebih sistematik dan mesra pengguna, Sistem ePerolehan Baharu dibangunkan seiring dengan hasrat GTP 2.0 iaitu dengan penambahbaikan portal dan sistem Perolehan Kerajaan.
- kerajaan
- government
- perolehan
- procurement
- gtp 2.0








