Dasar
  • Kembalikan Asal
  • Besarkan
  • Cetak
  • Kongsi artikel ini
Tarikh Dikemaskini : 22 Mei 2018 08:47:02 AM

Dasar Privasi
Dasar Privasi

Dasar polisi ini menerangkan penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui laman web ePerolehan di www.eperolehan.gov.my

Keselamatan Data

Semua penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi yang dikumpul semasa pengunjung melayari portal kecuali maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui emel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi di dalam laman portal ini. Maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi Kementerian Kewangan yang lain untuk membantu dalam penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan pertanyaan atau aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Fail Log

Bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan laman portal ePerolehan, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walau bagaimanapun, ia tidak melibatkan privasi individu.

Cookies

Cookies yang dihasilkan oleh pelayan portal hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran pengunjung yang akan datang. Portal ePerolehan menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada portal ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras (hard disk) komputer pengunjung. Ia akan terus dipadam sebaik sahaja pengunjung meninggalkan portal ini.

Pertanyaan Dan Aduan

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi www.eperolehan.gov.my boleh menghubungi kami melalui . Alamat e-mel ini dilindungi daripada Spambot. Ia hanya memerlukan JavaScript untuk melihat atau melalui borang pertanyaan yang telah disediakan.

Tags :
  • dasar
  •   
  • policy