| 1. | Pentadbir Pembekal bertanggungjawab untuk memberikan maklumat yang tepat dan benar termasuk menyediakan dokumen sokongan yang diperlukan, semasa proses pendaftaran sebagai Akaun Asas atau Akaun MOF
|
| 2. | Pentadbir Pembekal perlu dilantik dari kalangan personel syarikat (Pemilik/ Pengarah/ Pengurusan Atasan/ Pengurusan/ Pekerja) yang telah diisytihar di dalam Sistem ePerolehan
|
| 3. | Pentadbir Pembekal wajib mempunyai akaun e-mel yang sah
|
| 4. | Pentadbir Pembekal hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerahsiaan ID dan Kata Laluan masing-masing bagi syarikat yang diwakilinya untuk log masuk ke Sistem ePerolehan; dan
|
| 5. | Pentadbir Pembekal akan mendapat satu (1) sijil digital percuma untuk tempoh tiga tahun pertama bagi sesebuah syarikat yang diwakilinya. Permohonan sijil digital tambahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM120.00 + 0% GST dan hanya boleh dilaksanakan oleh Pentadbir Pembekal melalui Sistem ePerolehan
|
| 6. | Dengan menyerahkan permohonan secara atas talian melalui Sistem ePerolehan, anda telah bersetuju untuk terikat dengan syarat dan terma yang termaktub dalam Terma Perkhidmatan Piawaian ePerolehan dan sebarang perubahan yang dilakukan ke atasnya dari semasa ke semasa. Anda adalah dinasihatkan supaya membaca dengan teliti dan memahami kesemua syarat dan terma bagi Terma Perkhidmatan Piawai sebelum menyerahkan permohonan anda
|