Pendaftaran Pembekal Baharu
Pendaftaran Baru
Sila pilih Jenis Akaun untuk didaftarkan
Pengenalan Akaun Pembekal

Akaun AsasAkaun MOFAkaun G2G
  1. Bagi pembekal bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.
  2. Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.
  3. Hanya Warganegara Malaysia dengan I/C (MyKad) dibenarkan untuk mendaftar Akaun Asas
  1. Bagi pembekal yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:
    1. Kontraktor:
      1. bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau
      2. bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)
    2. Perunding - bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.

  2. Bayaran sebanyak RM450 dikenakan untuk pendaftaran Baru dan tempoh sahlaku akaun MOF adalah selama 3 tahun.
  1. Bagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan kaedah pembelian terus tanpa had nilai di sistem ePerolehan.
  2. Agensi Kerajaan bermaksud Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.


  6C