Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP)
Tarikh Dikemaskini : 26 Jun 2024 16:48:20 PM
CPTPP
Perjanjian perdagangan bebas (Free Trade Agreement – FTA) merupakan perjanjian yang ditandatangani oleh dua atau beberapa negara yang mengandungi obligasi dan komitmen yang perlu dipatuhi oleh negara ahli perjanjian tersebut. FTA membentuk kawasan bebas dagang di antara negara ahli untuk menerima akses berkeutamaan berbanding negara bukan ahli.
Pada masa ini, FTA yang telah ditandatangani melibatkan tawaran akses pasaran perolehan kerajaan kepada negara ahli adalah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership - CPTPP).
Kepentingan FTA
- Mewujudkan akses pasaran baharu yang lebih luas bagi meningkatkan pelaburan langsung asing dalam kalangan negara ahli. Ini selari dengan matlamat dan dasar semasa Kerajaan untuk meningkatkan eksport dan menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelaburan utama di peringkat antarabangsa.
- Membantu merancakkan pelaburan tempatan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan serta mewujudkan peluang pekerjaan baharu. Di samping itu, ia dapat meluaskan pasaran dan produk Malaysia agar lebih kompetitif di peringkat global.
Tags :
- perolehan
- procurement
- cptpp
- dagangan
- trade
- fta








