Mengenai eP
  • Kembalikan Asal
  • Besarkan
  • Cetak
  • Kongsi artikel ini
Tarikh Dikemaskini : 30 Mei 2023 11:12:11 AM

Modul Utama

Modul Utama adalah modul yang digunapakai oleh pihak Kerajaan dan pembekal dalam melaksanakan perolehan Kerajaan di dalam ePerolehan.

Pembentukan proses perolehan adalah berdasarkan polisi Perolehan Kerajaan yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Modul-modul ini membolehkan pihak Kerajaan menjalankan aktiviti seperti berikut:

  • Merancang sesuatu perbelanjaan dan perolehan
  • Mencari, memilih, menilai, dan melantik pembekal untuk menyediakan bekalan atau perkhidmatan
  • Mencipta dan menguruskan sesuatu Kontrak Kerajaan
  • Proses permintaan dan pemenuhan bagi bekalan dan perkhidmatan serta pembayaran
 

Selain daripada Kerajaan, pembekal juga boleh menggunapakai modul-modul utama untuk:

  • Penerimaan Pesanan Pembelian Kerajaan, memasukkan Pesanan Penghantaran dan mencipta invois
  • Pendaftaran sebagai pembekal Kerajaan
     

Terdapat lima (5) Modul Utama didalam ePerolehan

 
Pelan Perolehan

Pelan Perolehan merupakan satu kemudahan kepada Pengguna Kerajaan merancang perbelanjaan dan perolehan yang akan dilakukan dalam tahun kewangan yang . Objektif modul Pelan Perolehan adalah untuk :

  • Memastikan perolehan kerajaan dirancang secara terperinci sebelum pelaksanaan;
  • Memastikan perolehan kerajaan dilaksanakan secara berhemat; dan
  • Mengoptimumkan peruntukan yang diluluskan bagi mengelakkan perolehan yang tinggi pada akhir tahun.
 

Tiga (3) ciri utama di dalam modul Pelan Perolehan :

  • Pelan Perbelanjaan - Perancangan bagi perolehan sehingga RM 20,000.00
  • Pelan Perolehan - Perancangan bagi perolehan yang melebihi RM 20,000.00
  • Laporan - Penjanaan laporan bagi memantau status pelaksanaan Pelan Perbelanjaan & Perolehan
 

Ciri-ciri modul Pelan Perolehan adalah seperti berikut:-

Ciri-ciri Penerangan
Proses

Proses kemasukan data secara manual yang dipermudahkan

Peranan Pengguna
  • Pegawai Perancangan
  • Pegawai Pengesah Perancangan
  • Pegawai Pelulus Perancangan
  • Pegawai BPK
Laporan  

Laporan yang lebih terperinci dan menyeluruh

Carian kriteria yang lebih spesifik boleh ditetapkan mengikut keperluan pengguna

 

 
Pemilihan Pembekal

Pemilihan Pembekal merujuk kepada proses mencari, memilih, menilai, dan melantik pembekal untuk menyediakan barangan atau perkhidmatan tertentu. Tiga (3) kaedah utama Pemilihan Pembekal:

  1. Kaedah perolehan Pembelian terus yang melibatkan Perolehan sehingga RM 20,000 melalui Katalog dan Pelawaan Tawaran Harga
  2. Perolehan melebihi RM 20,000 sehingga RM 500,000 melalui Sebut Harga
  3. Perolehan melebihi RM 500,000 melalui Tender
 
Ciri-ciri Modul Pemilihan Pembekal adalah seperti berikut:

Pembelian Terus
 
Ciri – ciri umum Penerangan
Kodifikasi kod produk dan perkhidmatan

Kodifikasi kod produk dan perkhidmatan

Penjanaan Laporan

Penajaan Laporan

Pemilihan pembekal*

Pemilihan pembekal hanya boleh dilakasanakan secara atas talian melalui:

  • Sumber daripada katalog
  • Pelawaan Tawaran Harga
    • Tawaran Tunggal
    • Tawaran Berulang
Pertanyaan Pembelian

Pilihan bagi pengguna untuk menentukan sama ada perlu Pertanyaan Pembelian atau pun tidak

Penganugerahan di peringkat akhir Pemilihan Pembekal oleh Pihak Berkuasa Melulus

Penganugerahan melalui Surat Setuju Terima bagi item Servis yang melibatkan pemenuhan bermasa. (contoh: perkhidmatan kawalan keselamatan & pembersihan)


Sebut Harga dan Tender
 
Ciri – ciri Umum Penerangan
Kodifikasi kod produk dan perkhidmatan

Memperkenalkan piawaian kod produk baharu menggunakan kod piawaian UNSPSC (United Nations Standard Products and Services Code) semasa peringkat penyediaan spesifikasi item perolehan

Templat dokumen Sebut Harga & Tender

Kemudahan templat yang disediakan di dalam sistem seperti:

  • Templat Dokumen Spesifikasi
  • Templat Dokumen Sebut Harga/ Tender
  • Terma Syarat-Syarat Am, Khas dan Arahan yang boleh dikemaskini
Penjanaan Laporan

Penjanaan laporan yang dinamik daripada sistem di mana pengguna boleh menetapkan kriteria laoran yang lebih spesifik mengikut keperluan.

Penjanaan Laporan Penilaian

Templat laporan yang standard telah disediakan dan dijana secara automatik dalam setiap proses berikut:

  • Laporan Jawatankuasa Pembukaan
  • Laporan Jawatankuasa Teknikal
  • Laporan Jawatankuasa Kewangan
  • Laporan Jawatankuasa Penilaian (1 Peringkat)
  • Kertas Taklimat
  • Kertas Taklimat Selepas Bidaan
Penyediaan Sebut Harga & Tender
Pembentukan Jawatankuasa (J/K)

Hanya J/K Spesifikasi perlu diwujudkan di peringkat awal penilaian manakala  pengguna boleh memilih sama ada ingin mewujudkan J/K Penilaian Teknikal dan J/K Penilaian Kewangan pada peringkat awal penyediaan atau sebelum proses penilaian dilaksanakan

Pembentukan J/K ini adalah berdasarkan jenis perolehan.

Taklimat & Tawaran Pembekal
Pendaftaran bagi Kehadiran Taklimat/ Lawatan Tapak

Pendaftaran sesi taklimat/lawatan tapak boleh dilakukan secara atas talian (self-registration) oleh pembekal yang layak dan berhasrat untuk menghadiri taklimat/lawatan tapak sebelum hari/masa yang ditetapkan

Pendaftaran kehadiran pembekal juga dibenarkan semasa hari sebenar taklimat/lawatan tapak dan ianya dilakukan oleh agansi sendiri.

Semakan atas talian oleh pembekal boleh dilakukan bagi memastikan syarikat tersebut layak (kod bidang, kawasan, status bumiputera) bagi menghadiri sesi taklimat/lawatan tapak.

Tawaran Cadangan Pembekal

Tawaran cadangan pembekal termasuk dokuman sokongan hendaklah dihantar melalui atas talian.

Bagi perolehan yang memerlukan sampel, tawaran dan dokumen sokongan hendaklah dihantar melalui atas talian manakala hanya sampel produk sahaja perlu dihantar secara manual.

Tawaran Cadangan Pembekal – sampel produk

Meyediakan fungsi kemudahan label/tag yang boleh dijana melalui sistem bagi sampel produk yang dihantar oleh pembekal. Label/tag ini hendaklah diletakkan oleh pihak pembekal semasa penghantaran sampel produk tersebut. 

Penilaian Sebut Harga & Tender
Pembukaan Peti Sebut Harga & Tender

Wajib bagi perolehan yang memerlukan sampel sahaja. Bagi perolehan yang tidak memerlukan sampel, pembukaan akan dilakukan secara automatik melalui sistem pada hari yang telah ditetapkan oleh pihak agensi.

Kaedah Penilaian oleh Jawatankuasa (J/K)

Kaedah penilaian satu (1) peringkat dengan mewujudkan:-

  • (J/K Penilaian) ATAU

Kaedah penilaian dua (2) peringkat dengan mewujudkan:

  • J/K Penilaian Teknikal
  • J/K Penilaian Kewangan

Kaedah penilaian sama ada 1 peringkat atau 2 peringkat hendaklah ditetapakan oleh pihak agensi di peringkat awal penyediaan Sebut harga/ Tender.

Untuk kedua-dua kaedah penilaian diatas J/K Penilaian Teknikal akan bersidang dahulu sehingga selesai sebelum J/K Kewangan boleh bersidang.

Kaedah Pemarkahan

Menyediakan fungsi pemarkahan atas talian bagi membantu penilaian sama ada secara:

  • Pemarkahan Automatik yang boleh dijana melalui sistem
  • Pemarkahan Manual yang di kunci masuk oleh pengguna PTJ
  • Markah lulus(passing score) adalah wajib untuk penilaian teknikal
  • Markah lulus(passing score) adalah Tidak wajib untuk penilaian kewangan
  • Markah keseluruhan untuk pengesyoran Pihak Berkuasa Melulus adalah wajib
  • Pembekal yang gagal melepasi markah lulus teknikal tidak akan dibawa ke peringkat penilaian kewangan.
  • Pembekal yang gagal melepasi markah keseluruhan pengesyoran Pihak Berkuasa Melulus tidak akan dibawa ke peringkat pemilihan akhir pembekal.

Kriteria dan kaedah penilaian hendaklah ditetapkan oleh pihak agensi di peringkat awal penyediaan Sebut harga/ Tender.

Senarai Semak

Kemudahan senarai semak yang disediakan di dalam sistem:

  • Senarai semak Teknikal
    • Senarai semak mengikut kategori perolehan, cth. Kawalan Keselamatan, Pembersihan, bahan makanan mentah
  • Senarai semak Kewangan
    • Satu senarai semak sahaja untuk semua kategori perolehan
Memuktamadkan Pemilihan Pembekal Sebut Harga & Tender
Memuktamadkan Pemilihan Pembekal oleh Pihak Berkuasa Melulus

Pihak Berkuasa Melulus menentukan pemilihan berdasarkan Item atau Pakej

Memuktamadkan Pemilihan Pembekal oleh J/K Sebut harga atau Lembaga Perolehan adalah melalui:-

  • Pemilihan Terus
  • Pemilihan Pelbagai
  • Bidaan secara atas talian (eBidding)
Bidaan Atas Talian
  • Bidaan atas talian dilaksanakan dengan menggunakan harga seunit
Pengurusan Kontrak

Modul Pengurusan Kontrak menyediakan ciri-ciri untuk membolehkan penciptaan atas talian dengan memasukkan maklumat seperti nilai, tempoh & siling kontrak, jangkamasa pembayaran & penghantaran.

Modul Pengurusan Kontrak seterusnya membolehkan agensi mengautomasi persediaan perjanjian dan persediaan akhir kontrak.

Tiga (3) fungsi utama Pengurusan Kontrak:

  • Mencipta dan menyelenggara butiran pemenuhan dan perjanjian Kontrak Kementerian
  • Mencipta dan menyelenggara butiran pemenuhan dan perjanjian Kontrak Pusat
  • Mencipta dan menyelenggara Pekeliling Perbendaharaan (1PP) bagi Kontrak Kementerian dan Kontrak Panel
 

Ciri-ciri modul Pengurusan Kontrak adalah seperti berikut:-

Kontrak Kementerian

Ciri- ciri Penerangan
Peranan Pelulus

Pelulus diwujudkan bagi meluluskan penyediaan Kontrak

Proses Pemenuhan

Maklumat Sebut Harga/Tender secara automatik di hantar ke modul Pengurusan Kontrak selepas pengesahan Surat Setuju Terima.

Kesinambungan proses

Terdapat kesinambungan proses selepas sesuatu Sebut Harga & Tender termasuk spesifikasi produk/perkhidmatan

Integrasi

Berintegrasi bersama modul dalaman dan luaran seperti di bawah:

Integrasi Dalaman :

Integrasi dengan modul Pengurusan Pembekal berkaitan dengan maklumat pembekal.

Integrasi dengan modul Pemilihan Pembekal berkaitan dengan maklumat perolehan.

Integrasi dengan modul Pemenuhan berkaitan dengan maklumat pembayaran  kontrak.

Integrasi dengan modul Pengurusan Profil berkaitan maklumat pengguna ePerolehan.

Integrasi Luaran :

1GFMAS -  maklumat wang pendahuluan yang di bayar kepada pihak pembekal.

PHIS – Kontrak konsesi

GPKI – Tandatangan Digital untuk pengguna kerajaan

SPKI - Tandatangan Digital untuk pembekal

SMS (DAPAT) – Notifikafi kepada pembekal.

Notifikasi

Terdapat notifikasi kepada Pentadbir Kontrak Kementerian seperti di bawah:

  • Notifikasi kontrak yang bakal tamat tempoh
  • Notifikasi maklumat bon pelaksanaan
  • Notifikasi penyelenggaraan kontrak
Penyelenggaraan Kontrak

Menyokong proses untuk mengemaskini sesuatu kontrak bagi Pengguna Kerajaan dan Pembekal seperti berikut:

Penyelenggaraan Kontrak bagi Pengguna Kerajaan

  • Kemaskini butiran pemenuhan
  • Pindaan dengan kontrak tambahan
  • Pindaan tanpa kontrak tambahan
  • Penggantungan kontrak
  • Penamatan kontrak

 

Penyelenggaraan Kontrak bagi Pembekal

  • Permintaan/ Pengeluaran Pemfaktoran
  • Kemas kini maklumat Bank

 

Penyediaan kontrak formal

Penyediaan kontrak formal secara atas talian

Perjanjian Tambahan

Mewujudkan perjanjian tambahan secara automatik sekiranya proses pindaaan dilakukan ke atas sesuatu kontrak

Perubahan akaun bank dan permohonan pemfaktoran

Pembekal boleh membuat permohonan perubahan akaun bank dan pemfaktoran secara atas talian.

Mengimbas halaman yang berstem dan bertandatangan

Pengguna perlu mengimbas halaman yang berstem dan bertanda tangan bagi mengesahkan sesuatu perjanjian itu telah lengkap

 

Kontrak Pusat
Ciri- ciri Penerangan
Peranan Pelulus

Pelulus diwujudkan bagi meluluskan penyediaan Kontrak

Proses Pemenuhan

Maklumat sebut harga/tender secara automatik di hantar ke modul Pengurusan Kontrak selepas pengesahan Surat Setuju Terima.

Kesinambungan proses

Terdapat kesinambungan proses selepas sesuatu Sebut Harga & Tender termasuk spesifikasi produk/perkhidmatan

Integrasi

Berintegrasi bersama modul dalaman dan luaran seperti di bawah:

Integrasi Dalaman :

Integrasi dengan modul Pengurusan Pembekal berkaitan dengan maklumat pembekal.

Integrasi dengan modul Pemilihan Pembekal berkaitan dengan maklumat perolehan.

Integrasi dengan modul Pemenuhan berkaitan dengan maklumat pembayaran  kontrak.

Integrasi dengan modul Pengurusan Profil berkaitan maklumat pengguna ePerolehan.

Integrasi Luaran :

1GFMAS -  maklumat wang pendahuluan yang dibayar kepada pihak pembekal.

PHIS – Kontrak konsesi

GPKI – Tandatangan Digital untuk pengguna kerajaan

SPKI - Tandatangan Digital untuk pembekal

SMS (DAPAT) – Notifikasi kepada pembekal.

Notifikasi

Terdapat notifikasi kepada Pentadbir Kontrak Kementerian seperti di bawah:

  • Notifikasi kontrak yang bakal tamat tempoh
  • Notifikasi maklumat bon pelaksanaan
  • Notifikasi penyelenggaraan kontrak
Penyelenggaraan Kontrak

Menyokong proses untuk mengemaskini sesuatu kontrak bagi Pengguna Kerajaan dan Pembekal seperti berikut:

Penyelenggaraan Kontrak bagi Pengguna Kerajaan

  • Kemas kini butiran pemenuhan
  • Pindaan dengan kontrak tambahan
  • Pindaan tanpa kontrak tambahan
  • Penggantungan kontrak
  • Penamatan kontrak

 

Penyelenggaraan Kontrak bagi Pembekal

  • Permintaan/ Pengeluaran Pemfaktoran
  • Kemas kini maklumat Bank

 

Penyediaan kontrak formal

Penyediaan kontrak formal secara atas talian

Perjanjian Tambahan

Mewujudkan perjanjian tambahan secara automatik sekiranya proses pindaan dilakukan ke atas sesuatu kontrak

Perubahan akaun bank dan permohonan pemfaktoran

Pembekal boleh membuat permohonan perubahan akaun bank dan pemfaktoran secara atas talian.

Mengimbas halaman yang berstem dan bertandatangan

Pengguna perlu mengimbas halaman yang berstem dan bertandatangan bagi mengesahkan sesuatu perjanjian itu telah lengkap

Pekeliling Perbendaharaan (1PP)

Perlu mengunci masuk maklumat 1PP/SPP  ke dalam Modul Pengurusan Kontrak berpandukan pekeliling yang dikeluarkan untuk diguna pakai oleh modul- modul lain bagi proses perolehan.

Rujukan Pekeliling Perbendaharaan (1PP)

1PP/SPP akan dipaparkan pada portal ePerolehan

Menyelenggara Pekeliling Perbendaharaan (1PP)

Penyelenggaraan boleh dilakukan pada 1PP/SPP dan maklumat tersebut akan di hantar dan dikemas kini pada portal ePerolehan bagi tujuan rujukan.

Penyelenggaraan Pekeliling

  • Kemas kini Pekeliling
  • Pembatalan Pekeliling

 

Kontrak Pusat Sistem Panel
Ciri- ciri Penerangan
Peranan Pelulus

Pelulus diwujudkan bagi meluluskan penyediaan Kontrak Panel

Notifikasi

Notifikasi Kontrak Panel yang bakal tamat tempoh dan penyelenggaraan kepada Pentadbir Kontrak Panel

Pekeliling Perbendaharaan (1PP)

Perlu mengunci masuk maklumat 1PP/SPP ke dalam Modul Pengurusan Kontrak berpandukan pekeliling yang dikeluarkan untuk diguna pakai oleh modul- modul lain bagi proses perolehan.

Rujukan Pekeliling Perbendaharaan (1PP)

Berintegrasi bersama modul Pengurusan Pembekal , Pemilihan Pembekal (Sehingga dan melebihi RM 20,000)

Notifikasi

1PP/SPP akan dipaparkan pada portal ePerolehan

Menyelenggaran Pekeliling Perbendaharaan (1PP)

Penyelenggaraan boleh dilakukan pada 1PP/SPP dan maklumat tersebut akan dihantar dan dikemas kini pada portal ePerolehan bagi tujuan rujukan

Penyelenggaraan Pekeliling bagi Pengguna Kerajaan

  1. Kemas kini Pekeliling
  2. Pembatalan Pekeliling
Pengurusan Pembekal

Modul Pengurusan Pembekal menyediakan maklumat mengenai semua pembekal yang membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan Persekutuan, yang mempunyai sekurang-kurangnya satu akaun atas talian di dalam Sistem ePerolehan. Jenis-jenis akaun adalah seperti berikut:-

  • Akaun Asas (membenarkan pembekal menyertai modul Pemilihan Pembekal sehingga jumlah maksimum RM20, 000 setahun).
  • Akaun MoF berdaftar Kementerian Kewangan (membenarkan pembekal menyertai modul Pemilihan Pembekal melebihi RM20, 000 setahun).
 

Modul Pengurusan Pembekal merangkumi fungsi-fungsi berikut:-

  • Pendaftaran Pembekal untuk Akaun Asas
  • Pendaftaran Pembekal untuk Akaun MoF : Permohonan baharu, pembaharuan, status bumiputera, kemas kini profil dan tambah bidang
  • Penyelenggaraan bagi Akaun Asas dan Akaun MoF
  • Prestasi Pembekal dan Pemantauan Transaksi
  • Tindakan Tatatertib ke atas Pembekal
 

Proses dan polisi Pengurusan Pembekal adalah seperti berikut:

Ciri- ciri Penerangan
Jenis Transaksi
  • Atas Talian (Online)
Jenis Pendaftaran
  • Akaun Asas
  • Akaun MoF
Medium Akses
  • Soft Certificate
Kaedah pembayaran
  • Secara atas talian
Pengaktifan Akaun
  • Ada
Pembayaran bagi Medium Akses
  • PERCUMA untuk pengguna pertama bagi tempoh tiga (3) tahun
Permohonan kod bidang
  • Terhad kepada 30 bidang sahaja
  • Percuma untuk 30 bidang yang dimohon
Tags :
  • sistem eperolehan
  •   
  • sistem
  •   
  • eprocurement
  •   
  • eperolehan
  •   
  • modul
  •   
  • module
  •   
  • system