Pengguna Kerajaan
Tarikh Dikemaskini : 22 Mei 2023 09:31:27 AM
Keperluan Sistem (Kerajaan)
Setiap Agensi Kerajaan perlu membuat persediaan awal bagi memastikan Sistem ePerolehan dapat diakses untuk perlaksanaan proses perolehan.
Keperluan infrastruktur minima yang perlu ada untuk mengakses Sistem ePerolehan adalah seperti berikut:
| Bil | Item | Keperluan Minima |
| 1. | Jalur Lebar | 5Mbps (satu pengguna) |
| 2. | Browser | Google Chrome, Mozilla Firefox, Microsoft Edge Browser versi terkini |
| 3. | Resolusi Skrin | 1280 X 800 |
| 4. | Pemproses | PC Intel i3 atau setara |
| 5. | Memori | 8GB RAM |
| 6. | Sistem Pengoperasian | Windows 10 |
| 7. | Pengimbas (PTJ yang terlibat dengan modul Pengurusan Kontrak perlu mengimbas dokumen kontrak di bahagian bersetem dan bertandatangan untuk dimuat naik dalam Sistem ePerolehan) | Pengimbas A4 |
PTJ yang menggunakan/mengakses Sistem ePerolehan di luar premis PTJ untuk membuat penilaian perolehan secara berkumpulan, beberapa keperluan tambahan perlu diberikan perhatian:
- Memastikan rangkaian di premis berkenaan adalah sekurang-kurangnya 50Mbps untuk kapasiti 10-20 pengguna.
- Rangkaian adalah digunakan semata-mata untuk kegunaan akses kepada Sistem ePerolehan, seperti aktiviti penilaian sebut harga atau tender dan tidak digunakan untuk tujuan yang lain (layari youtube/Instagram).
- Penggunaan rangkaian LAN diutamakan daripada Wi-Fi.
- Rangkaian yang digunakan tidak dikongsi dengan pengguna luar (Penyewa hotel/ Dewan).
Tags :
- sistem
- keperluan
- system
- requirement








