Definisi Gangguan Proses
Gangguan Proses dalam konteks Sistem ePerolehan (eP) didefinasikan sebagai sebarang gangguan berskala besar yang menyebabkan transaksi tidak dapat diteruskan dan akan memberi impak kepada majoriti pengguna..
Kebolehlaksanaan SOP
SOP Gangguan Proses akan digunapakai dalam keadaan di mana majoriti pembekal tidak dapat membuat serahan dokumen tawaran pada tarikh iklan ditutup. Ianya adalah berdasarkan kepada aduan yang telah dilaporkan melalui eAduan. Walau bagaimanapun, aduan yang dilaporkan selepas tarikh tutup iklan mulai jam 12.00 tengah hari tamat adalah dikecualikan daripada SOP ini.
Syarat Gangguan Proses
1. Gangguan berlaku bermula daripada pagi dan tidak berjaya diselesaikan sebelum atau pada jam 11 pagi.
- Tarikh tutup iklan mulai jam 12.00 tengah hari bagi semua Sebut Harga dan Tender (QT) terlibat akan dilanjutkan kepada keesokan harinya.
- Makluman berkenaan lanjutan tarikh tutup juga akan dipaparkan pada laman utama portal.
2. Gangguan berlaku bermula pada jam 11 pagi dan tidak berjaya diselesaikan sebelum atau pada jam 11.20 pagi.
- Tarikh tutup iklan mulai jam 12.00 tengah hari bagi semua Sebut Harga dan Tender (QT) akan dilanjutkan kepada keesokan harinya.
- Makluman berkenaan lanjutan tarikh tutup juga akan dipaparkan pada laman utama portal.
3. Gangguan berlaku pada 15 minit terakhir sebelum tarikh tutup
- Tarikh tutup iklan mulai jam 12.00 tengah hari bagi semua Sebut Harga dan Tender (QT) yang terlibat TIDAK AKAN dilanjutkan.
- TIADA makluman akan dipaparkan pada laman utama portal.
Untuk pertanyaan lanjut, sila emelkan ke bantuan@eperolehan.gov.my.








