Pengguna Kerajaan
  • Kembalikan Asal
  • Besarkan
  • Cetak
  • Kongsi artikel ini
Tarikh Dikemaskini : 22 Mei 2018 08:46:06 AM

Bagaimana Membuat Permohonan Token

Pengenalan

  • Public Key Infrastructure (PKI) atau Prasarana Kekunci Awam adalah gabungan perisian, teknologi penyulitan dan perkhidmatan yang membolehkan organisasi melindungi keselamatan komunikasi dan transaksi urus niaga dalam internet. (terjemahan dari MyMIS,2002).
  • PKI membolehkan pengguna melakukan transaksi secara elektronik dengan selamat serta mengenal pasti seseorang individu yang melakukan transaksi.

Peranan & Tanggungjawab

Peranan Tanggungjawab Keterangan

Mampu

Mampu

Mengurus permohonan perkhidmatan PKI dan mentadbir GPKI Portal. Melantik dan mengurus Sub Admin.

Sub Admin

Agensi Pelaksana Sistem ICT Kerajaan

Mengenalpasti, melantik dan mengurus Authorized Personnel (AP)

Authorized Personnel (AP)

Agensi

Mengenalpasti dan mengurus permohonan daripada pengguna di agensi

Pengguna

Agensi

Membuat permohonan perkhidmatan PKI

 

Portal Pengguna

https://gpki.mampu.gov.my
 

Portal Pentadbir

https://gpki.mampu.gov.my/RAAdmin
 
A) Permohonan Pendaftaran Sub Admin (SA)

Langkah Langkah

  • Muat turun borang melalui https://gpki.mampu.gov.my
  • Klik Borang Pendaftaran SA (BSA-01).
  • Lengkapkan Borang BSA-01.
  • Hantarkan Borang BSA-01 beserta salinan kad pengenalan ke MAMPU.
 

Kod Pengaktifan akan dihantar melalui e-mel notifikasi kepada SA untuk membuat permohonan sijil digital melalui portal GPKI.

Bagi tujuan penamatan Sub Admin (SA), sila muat turun Borang BSA-01 dan hantar ke pihak MAMPU.

B) Permohonan Pendaftaran Authorised Personnel (AP)

Langkah Langkah

  • Muat turun borang melalui https://gpki.mampu.gov.my
  • Klik Borang AP (BAP-01).
  • Lengkapkan Borang BAP-01.
  • Hantarkan Borang BAP-01 ke Sub Admin.
  • Sub Admin akan membuat pengesahan permohonan dan mendaftarkan AP di Portal GPKI.
  • Selepas itu, Sub Admin perlu hantar borang kepada MAMPU untuk tujuan rekod.
 

Kod Pengaktifan akan dihantar melalui e-mel notifikasi kepada AP untuk membuat permohonan sijil digital melalui portal GPKI. Seterusnya.

Bagi tujuan penamatan Authorised Personnel (AP), sila muat turun Borang BSA-01 dan hantar ke pihak MAMPU.

Tags :
  • token